Kesepaduan negara Islam seluruh dunia ini
menarik minat saya untuk saya menterjemahkannya dalam sebuah karya. Terdapat 57
buah negara Islam di dunia yang tersenarai dalam negara-negara anggota iaitu di
kenali sebagai Pertubuhan negara-negara Islam ( Organisation of Islamic
Cooperation OIC ). Negara-negara Islam di dunia tidak semua mempunyai masalah
ataupun mengalami pergolakkan, namun demikian beberapa negara yang seperti kita
ketahui seperti Palestin, Syiria yang sering kita dengar di dalam berita
amatlah tragis. Oleh yang demikian dalam kajian saya, saya mengetengahkan tidak
sebilangan negara, namun saya mengambil kesemua 57 buah negara Islam ini
sebagai satu media yang boleh dibahas tentang keamanan negara Islam atas nama
yang sebenar.
Di dunia ini, umat Islam berada disetiap penjuru dunia dan tidak akan terhapus walaupun sekarang negara Islam ada yang sedang bergolak.
"KITA SATU"
sujud pada yang SATU.
Penyelidikan ini saya buat
berlandaskan beberapa buah negara Islam yang dalam krisis ataupun mengalami
pergolakkan. Daripada hal ini saya telah menyelidik punca bagaimana hal
tersebut tercetus secara umum. Selain itu juga, saya telah meneliti apakah
tindakan yang perlu dan telah diambil oleh pihak Pertubuhan Negara-negara Islam
(OIC) itu sendiri sebagai satu organisasi yang amat di perlukan dalam
menyuarakan sebanyak mungkin masalah dan menjadi orang tengah kepada Pertubuhan
Bangsa-bangsa Besatu (PBB) untuk menyampaikan suara dan mendapatkan sebarang
keputusan yang mutlak. Di samping itu juga, saya telah selitkan bagaimana
kerjasama ataupun peranan yang perlu dititik beratkan oleh negara-negara
anggota OIC itu sendiri sebagai saudara dan sebagai umat Islam yang menuntut
keamanan negara Islam pada masa kini. Dalam konteks penghasilan karya, saya
telah membuat penyelidikan untuk menghasilkan satu karya “BUMI TANAH ISLAM”
dengan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam agar bersatu bangkit
untuk menegakkan agama dan bekerjsama untuk menuntuk kebebasan Tanah Islam.







































