Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
Pertubuhan Negara-negara Islam atau Organisation of Islamic Cooperation
(OIC). Pertubuhan ini ditubuhkan pada 1971 atas cadangan negara kita sendiri
iaitu Malaysia. Setiausaha Agong OIC yang pertama dipegang oleh Tunku Abdul
Rahman dimana pejabatnya terletak di Jeddah, Arab Saudi.
Pergolakan yang berlaku pada hari ini jelas sekali mempunyai kesan kepada umat Islam seluruh dunia. Dengan itu, jelas sekali perkara yang saya ketengahkan adalah berkenaan dengan pergolakkan yang sedang berlaku di negara-negara Islam seperti Palestin, Syria, Mesir, Iraq dan lain-lainnya.
Dalam karya Akhir Tahun saya, saya membuat satu karya catan kontemporari atas plywood yang akan menggambarkan kesepaduan, jalinan persaudaraan, antara semua negara-negara Islam di dunia untuk bersatu padu dalam menentang penjajahan terhadap negara-negara Islam.
ARTWORK MAKING
Proses lakaran saya buat dengan memfokuskan kepada image negara-negara Islam itu sendiri iaitu Bendera sebagai subjek utama.
Media yang saya gunakan dalam menghasilkan karya ini adalah Akrilik & Digital art Painting.
Berikut adalah proses penghasilan karya yang saya bauat iaitu terus ke atas plywood.
Saya menyusun bendera-bendera Islam secara rombak dan saiz yang berbeza.
Hasil selepas sebulan saya menghasilkan karya tersebut.
Berikut adalah hasil karya saya sebelum diperbaiki dan menerima kritikan daripada Penyelia FYP saya.
KARYA AKHIR
Dan Karya Akhir saya ISLAMIC WORLD








No comments:
Post a Comment