Tuesday, 5 June 2018

RINGKASAN "ISLAMIC WORLD"





Kesepaduan negara Islam seluruh dunia ini menarik minat saya untuk saya menterjemahkannya dalam sebuah karya. Terdapat 57 buah negara Islam di dunia yang tersenarai dalam negara-negara anggota iaitu di kenali sebagai Pertubuhan negara-negara Islam ( Organisation of Islamic Cooperation OIC ). Negara-negara Islam di dunia tidak semua mempunyai masalah ataupun mengalami pergolakkan, namun demikian beberapa negara yang seperti kita ketahui seperti Palestin, Syiria yang sering kita dengar di dalam berita amatlah tragis. Oleh yang demikian dalam kajian saya, saya mengetengahkan tidak sebilangan negara, namun saya mengambil kesemua 57 buah negara Islam ini sebagai satu media yang boleh dibahas tentang keamanan negara Islam atas nama yang sebenar.


Di dunia ini, umat Islam berada disetiap penjuru dunia dan tidak akan terhapus walaupun sekarang negara Islam ada yang sedang bergolak.


"KITA SATU"
sujud pada yang SATU.

Penyelidikan ini saya buat berlandaskan beberapa buah negara Islam yang dalam krisis ataupun mengalami pergolakkan. Daripada hal ini saya telah menyelidik punca bagaimana hal tersebut tercetus secara umum. Selain itu juga, saya telah meneliti apakah tindakan yang perlu dan telah diambil oleh pihak Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) itu sendiri sebagai satu organisasi yang amat di perlukan dalam menyuarakan sebanyak mungkin masalah dan menjadi orang tengah kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Besatu (PBB) untuk menyampaikan suara dan mendapatkan sebarang keputusan yang mutlak. Di samping itu juga, saya telah selitkan bagaimana kerjasama ataupun peranan yang perlu dititik beratkan oleh negara-negara anggota OIC itu sendiri sebagai saudara dan sebagai umat Islam yang menuntut keamanan negara Islam pada masa kini. Dalam konteks penghasilan karya, saya telah membuat penyelidikan untuk menghasilkan satu karya “BUMI TANAH ISLAM” dengan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam agar bersatu bangkit untuk menegakkan agama dan bekerjsama untuk menuntuk kebebasan Tanah Islam.


Friday, 1 June 2018

ISLAMIC WORLD

Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)


Pertubuhan Negara-negara Islam atau Organisation of Islamic Cooperation (OIC). Pertubuhan ini ditubuhkan pada 1971 atas cadangan negara kita sendiri iaitu Malaysia. Setiausaha Agong OIC yang pertama dipegang oleh Tunku Abdul Rahman dimana pejabatnya terletak di Jeddah, Arab Saudi.

Pergolakan yang berlaku pada hari ini jelas sekali mempunyai kesan kepada umat Islam seluruh dunia. Dengan itu, jelas sekali perkara yang saya ketengahkan adalah berkenaan dengan pergolakkan yang sedang berlaku di negara-negara Islam seperti Palestin, Syria, Mesir, Iraq dan lain-lainnya.

Dalam karya Akhir Tahun saya, saya membuat satu karya catan kontemporari atas plywood yang akan menggambarkan kesepaduan, jalinan persaudaraan, antara semua negara-negara Islam di dunia untuk bersatu padu dalam menentang penjajahan terhadap negara-negara Islam.



ARTWORK MAKING 




Proses lakaran saya buat dengan memfokuskan kepada image negara-negara Islam itu sendiri iaitu Bendera sebagai subjek utama.



Media yang saya gunakan dalam menghasilkan karya ini adalah Akrilik & Digital art Painting.


Berikut adalah proses penghasilan karya yang saya bauat iaitu terus ke atas plywood.
Saya menyusun bendera-bendera Islam secara rombak dan saiz yang berbeza.



Hasil selepas sebulan saya menghasilkan karya tersebut.


Berikut adalah hasil karya saya sebelum diperbaiki dan menerima kritikan daripada Penyelia FYP saya.



KARYA AKHIR



Dan Karya Akhir saya ISLAMIC WORLD





















RINGKASAN "ISLAMIC WORLD"

Kesepaduan negara Islam seluruh dunia ini menarik minat saya untuk saya menterjemahkannya dalam sebuah karya. Terdapat 57 buah ...